Nuffnang Latest!

Tuesday, August 18, 2009

Horas Medan - Kembali Ke Medan




















Setelah hampir 7 jam perjalanan (termasuk benti makan and melunaskan hajat), akhirnya kitorang sampai ke Kabupaten Deli Serdang balik. Akhirnya, nak masuk town. Kat situ, ada Green Free Hill, macam theme park gak tapi kecik skit dari tadi. Patu sempena merdeka, ramai la yang buat papan bunga ucapkan sukses (tahniah) untuk Indonesia. Siap ngan maskot Pooh ngan Mickey Mouse lagi tepi jalan! Tak yah gi Disneyland. Hehe! Patu ada sungai tempat mandi tatau la nape panggil Permandian Alam (macam mandi hadas je...hahaha!)
















On the way ni jugak ada satu kedai nama Nasi Gila Ayam Penyet! Ayam Penyet tu penah gak la dengar, tu pun dah pelik. Ni plak Nasi Gila, camne la gila nyer nasik tu! Hahaha! Dah la nasik tu gila, ayam tu plak dipenyet-penyet! Memang orang gile la makan sume tu. Patu diorang jual daging babi mentah tepi-tepi jalan selamba je. Slalu nampak babi panggang je, ni mentah pun ada. Eiiii!








Disebabkan dah kesuntukan masa, kitorang tak brani nak buang masa cari Pasar Ikan yang Aini tengok kat internet tu. Dia kata pasar ni bukan jual ikan, tapi jual baju, tudung, kain, telekung sume. Ooo kira cam Jalan TAR la ni. Hmmm...tanya orang, orang tatau sangat. So tanya becak, diorang mesti tau nyer. Masa tanya orang becak tu, terus dia kata takpe la dia guide. Kitorang pikir, takpe la, bayar je la nanti sebab dah tak sempat sangat kan. Ada sejam je ni if nak shopping. Aini ngan Nizam plak nak beli macam-macam termasuk hantaran abang and kakak diorang. Hehe. So kitorang ikut la becak tu dari belakang. Sampai je sana, baru nak bukak cermin, mamat becak tu nak blah. Kitorang sempat ucap terima kasih je, tak sangka plak dia tak mintak duit. Baik sungguh! Patutnyer orang camni la kita kasi duit. Bukan yang dok memintak-mintak tu!

Turun, terus laju je tuju ke satu kedai Abang Adik. Situ paling banyak kain. Nizam and Aini memang tak tengok lain dah, sume diorang borong! Abah ngan makcik pun sama. Tapi tak sebanyak Aini la. Apa I, hubby and Meor buat? Kitorang mati kutu. Orang duk jual-jual barang kat kitorang, sume hampa takde sale. Haha! Kitorang langsung malas nak beli. Ingat nak gi tempat lain, kira tinggalkan diorang kat situ, kitorang gi la mana-mana, tapi memikirkan takut kang sesat ke apa ke, tak jadi. So kitorang jalan-jalan kat situ je. Dah la lapar!

Tanya becak tu kat mana tempat orang jual souvenir, dia kata dah tutup. Lagipun ari ahad. Esok plak merdeka. Hmmm...mana la nak cari magnet niiiii! Lepas sume kedai dah tutup, kitorang naik keta, ke arah epot. Makan kat sana je la nanti. Lalu balik Lapang Merdeka, dapat la tengok bendera kiri kanan, and the biggest and famous masjid kat Medan tu. Park keta, pack barang (Aini ngan Nizam sampai sumbat dalam beg Meor, haha!) terus tuju ke kedai makan. Kitorang order nasik ayam and nasik goreng je. This time tak pedas. Bagus. Patu minum fruit tea Sosro rasa apple, sedap! Patu tengok beg masing-masing kembung. Beg I ngan hubby je bertambah ringan! Tatau nape! Haha!



Check in, masuk dalam, NASIB BAIK ADA KEDAI SOUVENIR!!! Ha pe lagi, borong sakan la magnet kat situ, satu dalam Rp20k=RM7. Mahal la kan tapi dulik hape, dah itu je yang ada! Ke mana kita? Balik Malaysia donk! Kita datang sebut HORAS! HORAS! HORAS! Kita balik sebut MENJUAH-JUAH!

3 comments:

Ely Hasrul said...

aku baru nk jerit xdek magnet ke hahahah seb beik2.. bapak mahal magnet nye.. tapi aku musykil la sbb ko xsoping hahahahah so not u!

Biqque said...

kan? sampai aku pun heran, nape aku tak shopping...first time aku travel, aku tak abiskan SEMUA duit yg aku allocate kan! caya tak???

3plepl8 said...

mission nk menghabiskan duit gagal...hehe

Subscribe To This Blog