Nuffnang Latest!

Friday, December 11, 2009

Phi Phi - Island Tour


Hari ni baru betul-betul kita buat islands tour! Semalam tu sekadar sight seeing je. Lepas breakfast (ye, kitorang songlap sausages and roti letak strawberry jam banyak-banyak takut lapar atas boat nanti hehehe!) kitorang gerak keluar dari hotel. Baju masih lembap, tapi belasah je pakai terus, kang nak mandi basah-basah gak kan. Mamat tour tepi hotel semalam dok tanya lagi, brapa kitorang dapat dengan boatman yang kitorang charter tu. Haha! Tak leh lawan, ni lagi murah bangggg.

Tak sampai separuh langkah, boatman kitorang dah terjerit-jerit dari jauh suh cepat, takut orang lain sapu kitorang kot. Ye la, duit tak bayar, booking pun tak kan. Banyak competition tu. Dia bawak kitorang ke tepi pantai and boat dah ada kat situ. Cantik slow boat ni, ada kain warna-warni yand diikat kat tongkol depan. I rasa la, mesti kain azimat mintak pelindung dari dewa laut kot. Kitorang tengok sekeliling, semua boat tak keluar lagi. Masih awal kot. Lagipun, mat saleh bangun lambat. Baguslah, tak ramai orang kat pulau-pulau tu nanti. Tah le keruh air.

Cuaca agak cerah arini. Nasib baik. Lepas boatman tu adjust apa yang patut, kitorang naik. Boatman tu adik kepada mamat tadi. Senyap sunyi tak bercakap, tapi senyum lebar. Cuma bila kita tanya, baru dia jawab. Senang skit nak deal dari abang dia yang banyak cakap tu. Bleh la bawak kitorang melencong skit kan. Hehe!

Cawan duk depan, hubby duk tepi kanan, I duk tepi kiri, Na duk belakang. Kira nak kasi balance la. Memula slow…dah nama pun slow boat. Skali dah sampai ke tengah skit, ha baru laju. Ombak memula tenang, tapi kat sampai tengah, agak kuat, memang betul la boatman kat sini sume berpengalaman. They know how to steer the boat, lawan arus ke apa ke. So kurang skit takut tu (takut lagi naik boat kat Sabah nyer islands tour…nangis aku!)

First kitorang benti, Viking Cave. Katanya kat situ ada letrik (guna generator) and ada orang duk situ untuk jaga sarang burung layang-layang. Diorang ni jugak dikenali sebagai sea gypsy. Tah camne la hidup dalam cave ye. Sepatutnya bleh masuk tengok dalam, tapi since Tsunami, kerajaan dah tak kasi masuk. Bahaya la kot. Masa kat sini, kitorang dah teruja sebab air dah start biru gile cantik nak mampos!

Patu kitorang ada lalu Monkey Bay…kat sini if tengok betul-betul memang akan nampak la monyet-monyet tu. Cuma kitorang tak benti kat pantainyer je sebab stakat monyet, takpe la, merata bleh dapat. So kitorang terus ke Pi-Ley Bay. Ya Allah masa boat ni masuk kat celah-celah bukit ni kan, menjerit-jerit kitorang sebab air nyer sangatttttttttttt la jernih dan biru! Dah macam lagoon tau! Sebab gunung batu tu keliling, bulat, patu cetek and biru. MasyaAllah, memang puas hati la if tengok sendri! Tak puas ngan gambar, kitorang amik video plak!

Tak tahan dengan kecantikan dan keseronokan tu, kitorang suh dia cepat-cepat bawak boat ke Loh Sama Bay. Kat sini je tempat yang dibenarkan untuk snorkeling. Air agak biru gelap cuma mengharapkan cahaya matahari je masuk dicelah-celah air tu. Cawan dah siap dengan camera dan underwater casing dia. Seb baik ada. Patu, apa lagi, teruja sangat, terjun kecebushhhhh!

Tak sangka sungguh, ikan besar pun ada gak! Trigger, Moorish Idol, Wrasse, Sergeant Major tak yah cakap la, bersepah! Berbekalkan roti ber-jem strawberry tadi, kitorang umpan kasi ikan datang. Sekali ha amik! Trigger gigit jari I!!! Sakit gile! Siap berdarah! Rasa cam nak tumbuk je ikan tu! Boatman tu gelak je kat kitorang sebab dia tak paham apa kitorang cakap. Hahaha! Tapi sedap la dia baring je atas boat tu tunggu kitorang kan.

Dah puas mandi, snorkeling, kejar ikan, kitorang gerak ke Maya Bay. Kat sini if nak benti turun kat pantai dia, kena bayar. Sebab termasuk dalam Marine Park diorang. Plus, sebab dah glamer dengan cite The Beach tu la, sebab tu kot kena bayar. Kitorang mintak kat boatman tu, lalu keliling je, tak yah benti. Lagipun, tak teruja plak tengok beach dia…simple and tak menarik, cam biasa. Cuma air keliling tu memang la jernih suci murni kan. Siap nampak segala benda kat dalam air tu. Memang puas hati.

Lepas Maya Bay, kitorang gerak balik. Sebab tour tu 4 jam camtu je. Boatman tu benti kat pantai yang dekat skit ngan hotel kitorang. Tak puas-puas, mandi kat pantai tu plak. Hahaha! Gile, dah la tengah hari. Memang sah hitam legam.

Balik bilik, salin baju, nak cari lunch. Benti jap tepi kedai-kedai tu, amik gambar kar kerusi tepi pantai. Ewah! Plan arini, jalan kaki ke beach belakang. Phi Phi ni bentuk pulau nyer cam kecik tengah and membesar ke atas and ke bawah. So, jarak paling dekat antara beach depan and beach belakang, adalah ditengah-tengah. Memang dekat pun, 10 minit je dah sampai! Tapi beach belakang ni, laaaaaaaaagi ramai umat manusia. Bersepah-sepah. Macam takde privacy pun ye gak.

Kitorang hanya amik gambar je sebab nanti nak naik boat ke Krabi pulak. The good thing was, hotel tu ada sediakan angkut beg sampai ke Pier. Kira dia bawak keta tolak tu, letak beg kat Pier, kita gi sana collect je. Senang la kita berjalan-jalan skit kan. Tapi tak beli apa pun. Cuma kitorang lunch kat gerai biasa je yang tukang masaknyer sempat tido bawah meja lauk. Hahaha! Makanan biasa, pedas, and murah. Boleh la, daripada tak ada kan sementara nak tunggu “cruise” datang. (Cruise la sangat…nantikan ceritanya…)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
<<Saksikan gambar Phi Phi - Island Tour kat sini!>>


4 comments:

anisizatyA.J said...

ive been to phiphi masa kecik. the island nice gilaaa! hehe

Biqque said...

pegi la masa besar pulak anis :D lagi seronok!

Unknown said...

huhuhuhuh PHI PHI Best, tak tipu....


uweks wek(muntah mode)

Biqque said...

hahahaha siut na!

btw anis, she's not vomiting on how great is phi phi, she's vomiting due to something else :D jgn terpedaya!

Subscribe To This Blog